Tahun 2018 ini dihujani dengan kelahiran laptop-laptop baharu. Namakan sahaja jenama yang anda ketahui pasti ada kemunculan laptop atau produk baharu dari mereka.

HP juga tidak terkecuali, hari ini HP Malaysia membuka tirainya dengan produk baharu iaitu HP Spectre x360 13.

Foto: HP

Dikatakan rekaan HP kali ini sangat bold dan eksklusif serta persembahan sistem yang berteknologi tinggi dan unggul.

HP Spectre x360 13 ini akan dijual daripada harga RM5,249.00 di outlet-outlet pilihan HP Malaysia.

Sememangnya rekaan yang jitu lagi dinamik bagi menutupi akhir tahun 2018 dengan keluaran produk yang elegent daripada HP.