Dalam tempoh yang singkat telefon bimbit pintar Huawei iaitu Huawei Mate 20 Pro Series berjaya mengalahkan telefo bimbit pintar daripada iPhone dan Samsung dari segi kelajuan mengecas telefon bimbit.

Foto: Huawei Mate 20 Pro Series

Kelajuan mengecas telefon bimbit amat di ambil berat oleh pengguna telefon bimbit kerana ia adalah kriteria penting dan kunci bagi seseorang ingin membeli telefon bimbit.

Dan kini ternyata Huawei membuktikan tiada apa yang mustahil apabila telefon bimbit mereka Huawei Mate 20 Pro Series berjaya mengalahkan jenama telefon bimbit terkemuka dunia dari segi kepantasan bateri di cas.

Foto: The Star

Tambahan lagi Huawei mendapat pengikhtirafan daripada TUV Safety Certified 40W Huawei SuperCharge. 

Pengikhtirafan daripada German ini, membuktikan bahawa telefon bimbit Huawei Mate 20 Pro Series selamat dan cepat di cas.

Foto: Wccf Tech

Telefon ini dapat mengecas dalam tempoh 30 minit persamaan 70 peratus bateri di cas, ia sememangnya singkat dan cepat.

Malah telefon bimbit Huawei ini juga bertindak sebagai power bank, ia boleh mengecas telefon bimbit huawei yang lain secara wireless.