Pengasas HQ Trivia App & Sosial Network Vine Meninggal Dunia

145

Tergempar hari ini, dunia teknologi kehilangan seorang lagi peneraju di dalam dunia teknologi iaitu Colin Kroll, 34 tahun merupakan salah seorang pengasas dan CEO kepada HQ Trivia app serta pengasas kepada sosial network Vine.

Foto: CNN Twitter

Jurucakap New York Police Department (NYPD) berkata, mereka mendapat panggilan 911 untuk memeriksa Kroll di apartmentnya.

Foto: HQ Trivia Twitter

Pihak polis menemui Kroll meningal dunia pada jam 8 pagi hari ini.

Menurut siasatan awal pihak polis New York, punca utama kematian adalah kerana ‘drug overdose’.

Dan pihak polis masih menjalani siasatan keatas kematiannya.

Foto: HQ Trivia

Kroll merupakan salah seorang pengasas kepada dua aplikasi viral iaitu HQ Trivia dan Vine, merupakan usahawan muda yang berjaya dan merupakan salah seorang peneraju di dalam industri teknologi terkini.

Foto: Vine

Terdahulu, Kroll mengetuai kumpulan jurutera dan pengiklanan bagi Yahoo search dan kemudian Kroll memasuki laman website pelancong yang mewah Jetsetter sebagai Vice President (VP) Poduct.