Huawei Mate 20 Pro Series akan keluarkan versi 8GB RAM + 256GB ROM tidak lama lagi. Kapasiti storan yang lebih besar, kuat dan laju bakal mendominasi dunia teknologi telefon bimbit pintar dalam masa terdekat ini.

Foto: Huawei Mate 20 Pro

Huawei bakal menaik taraf Mate 20 Series dari segi kelajuan dan kapasiti storan di dalam Twilight serta warna-warna yang ikonik akan membuatkan telefon bimbit Huawei tampak ‘segar’ dan ‘bernyawa’.

Foto: Huawei Mate 20 Pro

Dan pastinya peminat dunia teknologi tidak sabar untuk melihat kemunculan Huawei Mate 20 Pro Series terbaru ini.

Tambahan lagi, menurut sumber daripada Huawei menjelang sambutan Hari Natal yang bakal tiba ini, Huawei akan memberi kejutan dalam masa yang terdekat.