Sosial media di serang ‘Virus Malware’ berbahaya? Serang virus kian menjadi-jadi. Di mana-mana platform di alam maya pasti tidak tenang dengan serangan mengejut dari virus-virus asing ini.

Menurut laporan daripada Trend Micro (sebuah syarikat cybersecurity). Penggodam telah menghasilkan sejenis virus malware yang baru untuk mencuri aktiviti yang dilakukan oleh pengguna komputer dan laptop walau di mana sahaja!

Foto: Hackers League – Medium

Virus malware ini berupaya mencuri screenshot aktiviti yang dilakukan oleh pengguna komputer, malah virus ini juga mampu mencuri data dan menghantar maklumat tersebut kepada si penggodam!

Foto: Engadget

Virus malware ini tersembunyi di sebalik kod dalam setiap gambar, video mahupun maklumat yang sering di kongsi secara bebas di platform laman sosial media seperti di Facebook, Twitter dan pelbagai platform sosial media lain.

Foto: Transport Topics

Dengan kata lain, sesiapa yang melihat gambar mahupun video tersebut akan mengaktifkan virus malware ini dan memberi peluang si penggodam mencuri segala maklumat tentang si pengguna komputer.

Foto: Cnet

Walaubagaimana pun, virus ini sukar di kesan dan tiada siapa yang mahu aktiviti yang di lakukan di komputer sendiri di ketahui oleh orang lain bukan?

Justeru itu, jangan mudah membuka video atau gambar dari sumber yang mencurigakan kerana ia mungkin mengandungi virus malware ini.