Realme nama yang tidak asing lagi di dalam dunia teknologi, jenama telefon bimbit pintar yang semakin di mencuri perhatian peminat gajet di seluruh dunia.

Terkini realme terkini di dalam kenyataannya mengumumkan untuk menawarkan perkhidmatan 360 darjah! Selepas jualan menyeluruh tahun ini. Perkhidmatan yang di tawarkan oleh Realme ini, sangat membantu peminat Realme yang mencari pusat servis bertauliah dengan pantas!

Foto: Realme

Realme menyediakan satu platform yang mudah untuk peminat realme mencari pusat servis. Dengan hanya klik di laman web rasmi milik Realme, peminat berupaya mencari pusat servis yang bertauliah di Malaysia.

Malah pelbagai solusi melibatkan perisian, perkakasan, serta penyelenggaraan untuk ke semua peranti Realme. Tambahan lagi, ke semua urusan ini boleh di buat melalui e-mel, panggilan telefon, berhubung secara terus di media sosial milik Realme serta laman e-dagang Realme.

Foto: Yahoo Finance

Selain itu, peminat Realme juga boleh mengunjungi secara terus pusat servis Realme dan Realme mempunyai 21 pusat servis yang bertauliah untuk memberi bantuan secara menyeluruh kepada peminat Realme.

Bagi yang ingin membuat urusan melalui e-mel, peminat Realme boleh berhubung melalui e-mel service.my@realme.com atau melalui talian 1800 818018.

Foto: Inet Detik

Segala urusan boleh di lakukan pada jam 9 pagi sehingga jam 6 petang setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum.