Bugatti – Cipta Brake Caliper 3D-Printed Yang Pertama Di Dunia

39

Volkswagen lakar sejarah dengan hasil ciptaan Brake Caliper 3D-printed Bugatti untuk tahun ini. brake ini telah di uji dan hasilnya sangat mengagumkan! Ujian yang telah dijalankan untuk Bugatti menunjukan brake 3D-printed ini mempunyai tahap resistensi yang tinggi dan hi-tech.

Foto: Volkswagen Group

Ujikaji yang di lakukan ke atas brake ini dengan kelajuan maksimum 249MPH dan suhu pada disc meningkat sehingga 1,877F dan ia bukan sesuatu yang biasa tetapi luar biasa!

Foto: Volkswagen Group

Percikan api pada roda kereta semasa ujian dijalankan untuk menguji tahap ketahanan 3D-printed brake menunjukan betapa lajunya roda tersebut berputar dan pada masa yang sama, mengkaji daya cengkaman disc brake pada roda tersebut.

Ujikaji ini penting bagi menunjukan daya tahan serta kekuatan brake tersebut. Malah, brake ini juga lebih ringan daripada brake yang lain.

Foto: Volkswagen Group

Brake ini mengambil masa 45 jam untuk di hasilkan! Sememangnya bukan mudah untuk menghasilkan brake yang berkualiti apatah lagi yang mempunyai daya cengkaman serta adaptasi suhu yang tinggi.