Arus gelombang teknologi semakin hari semakin pantas berkembang dan berevolusi. Malah, pelbagai jenis robot telah dibina baik dari segi fizikal mahupun digital.

Dalam tempoh 35 tahun ke hadapan, robot-robot yang di cipta mungkin berevolusi dari segi perkembangan emosi. Mungkin kedengaran agak pelik dan mustahil tetapi, manusia mempunyai keupayaan di luar jangkaan.

Tidak mustahil para saintis dapat mencipta cip yang dapat memberi inipati emosi seperti perasaan cemburu, marah, gembira dan sebagainya. Dan mencetuskan fenomena baharu seperti perkahwinan di antara manusia dan robot!

Foto: Wap Trendz

Menurut Dr. David Levy yang merupakan penulis ahli kecerdasan buatan menyatakan perkahwinan di antara robot dan manusia mungkin akan berlaku sebelum tahun 2050.

Foto: Singularity Hub

Ini tidak mustahil berlaku kerana apabila robot telah berjaya di cipta dan memiliki emosi sama seperti manusia.

Apa-apa pun ia cuma sangkalan semata-mata, malah tiada siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku dalam tempoh 35 tahun akan datang.