ASUS – Bakal Lancarkan ZenBook 13, 14 Dan 15 Terbaru 10 Januari Ini

22

Pada 10 Januari tahun ini, ASUS bakal melancarkan ZenBook 13, 14 dan 15 yang terbaru dengan tiga saiz yang berbeza, serta perisian dan fungsi yang di reka khas untuk pengguna ASUS ZenBook baru ini.

ZenBook baharu ini padat dengan 12 – 14 peratus perisian baru yang mana ia jauh lebih kecil dari perisian ZenBook yang terdahulu. Selain itu, ketiga-tiga ZenBook ini juga sangat nipis berbanding ZenBook yang lama.

Foto: News Beezer

Malah, ZenBook ini di lengkapi dengan ErgoLift Hinge yang mampu mencondongkan posisi papan kekunci apabila pengguna membuka laptop dan kelebihan ini akan membuatkan pengguna lebih selesa ketika menaip.

Foto: ASUS

Tambahan lagi, ASUS juga di di lengkapi dengan sistem penyejukan yang bagus serta sistem audio yang advance pada bahagian speakernya. Dan untuk ZenBook terbaru ini, ia juga di lengkapi dengan dual-pupose touchpad yang boleh bertukar kepada numerical pad.

Foto: ASUS

ASUS juga tampil dengan sentuhan grafik yang gempak dengan menggunakan NVIDIA GeForce GTX 1050 Max-Q. Jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkan ASUS ZenBook terbaru di outlet ASUS Malaysia dan simpan tarikh keramat pelancaran ZenBook pada 10 Januari ini!