Apple mendedahkan kenyataannya di dalam surat kepada para pelaburnya, mereka mungkin akan mengalami kerugian sebanyak US$ 9 billion atau RM37.3 billion kerana kemerosotan penjualan iPhone dan permintaan iPhone di pasaran kurang mendapat sambutan.

CEO Apple, Tim Cook membuat ulasan ia adalah kerana pengguna iPhone lebih gemar menukar ganti bateri telefon iPhone milik mereka dari membeli telefon iPhone yang baharu.

Foto: CNBC

Jika di lihat pada tahun 2017 yang lalu, prestasi Apple agak ‘menurun’ kerana mendapat laporan mengenai ‘konspirasi bateri mati’ oleh pengguna telefon bimbit iPhone.

Foto: Money Magazine

Dan apabila masalah mengenai bateri yang ‘shutdown’ tanpa di sedari ini di ketahui oleh pengguna telefon iPhone, pengguna tanpa berlengah membeli bateri baru bagi menggantikan bateri yang lama.

Pengguna sekarang lebih bijak dalam mengurus perbelanjaan, apatah lagi dalam ekonomi negara yang tidak berapa ‘kencang’ ini. Pengguna akan mengambil alternatif berjimat cermat dan ia lebih baik dengan menggantikan bateri telefon dari membeli telefon baharu.

Foto: Mac World United Kingdom

Kerana telefon tersebut masih dalam keadaan yang baik cuma baterinya sahaja yang bermasalah betul tak?

Jadi nak di katakan penjualan telefon iPhone merundum kerana bateri, tidak juga. Apatah lagi harga telefon iPhone juga agak mahal. Jadi perspektif yang mana harus di persalahkan? Bateri? Harga iPhone? Permintaan telefon kurang di pasaran? Masalah ekonomi?

Foto: Apple

Pelbagai faktor bersangkut paut, jadi apa penyelesaian Apple selepas ini? Mungkinkah Appla akan menjual telefon iPhone dengan harga yang lebih murah untuk menarik perhatian pencinta gajet?

Apa-apa pun, semuanya boleh berlaku. Sama-sama kita lihat dan tunggu arah tuju Apple selepas ini dalam menyelesaikan ‘penurunan jualan’ telefon bimbit mereka.