Dalam keadaan ekonomi sebegini, pasti ramai yang sedang berjimat cermat berbelanja bukan? Tapi pada masa yang sama, anda juga ingin memiliki telefon bimbit yang canggih.

Sebenarnya ia tidak susah, ada banyak jenis telefon bimbit yang menawarkan harga yang murah dengan kualiti telefon yang sangat bagus seperti telefon mahal di pasaran.

Foto: My Venture Pad

Jom ikuti 5 tips untuk memilih telefon murah dan berkualiti di bawah.

1Pilih Telefon Bimbit Secara Bersederhana

Foto: ewarta Mara

Maksud bersedarhana di sini adalah, anda perlu mencari serta memilih telefon bimbit pintar yang harganya tidak terlalu mahal dan terlalu murah. Memilih telefon bimbit pintar mengikut bajet kewangan anda.

Jangan sangka telefon bimbit pintar yang murah, tidak mempunyai kualiti dan spesifikasi yang bagus.

2Jenis Cip Dalam Perisian Telefon Bimbit

Foto: Deccan Chronicle

Meskipun anda membeli telefon bimbit murah, tetapi yang mmebezakannya adalah perisian cip yang di gunakan di dalam telefon bimbit pintar tersebut. Bagi yang memilih telefon bimbit sedarhana, anda lihat jenis cip yang di gunakan di dalam telefon tersebut sebelum membuat keputusan membelinya.

Jika cip yang di gunakan adalah jenis Qualcomm Snapdragon, cari jenis cip yang agak besar seperti Qualcomm Snapdragon 600, 625 dan 636 atau ke atas. Ini kerana penggunaan jenis cip memberi kesan ke atas prestasi fungsi telefon bimbit. Jadi perhatikan dan semak dahulu apakah jenis cip yang di pasang di dalam telefon sebelum membelinya.

3Kapasiti RAM Telefon Bimbit

Foto: Android Central

RAM merupakan aspek penting ketika ingin membeli telefon bimbit, tidak kiralah telefon murah mahupun mahal. Lagi besar jumlah RAM tersebut, lagi banyak kapasiti memory di dalam telefon bimbit anda.

4Skrin Telefon Bimbit

Foto: i Fix Screens

Kenapa skrin telefon bimbit menjadi salah satu aspek dalam memilih telefon bimbit murah dan berkualiti ni? Sebenarnya, apabila anda memilih telefon bimbit yang mempunyai kelebaran skrin yang luas dan besar.

Skrin telefon yang besar dan luas amat selesa di gunakan, malah ia lebih fleksibel dari skirn telefon yang kecil. Tambahan lagi, di pasaran terdapat pelbagai telefon bimbit yang murah dengan skrin telefon yang luas dan besar.

5Kualiti Kamera Pada Telefon Bimbit

Foto: Stuff

Dengan harga yang murah, anda sudah boleh memiliki telefon bimbit yang di lengkapi dual kamera. Malah, kini terdapat pelbagai filter di dalam kamera telefon bimbit pintar.

Jadi bagi yang ingin mencari telefon bimbit pintar bajet, anda boleh menggunakan lima tips yang di kongsikan ini untuk membantu anda mencari telefon bajet yang murah dan berkualiti!