Isu kecurangan merupakan isu yang sering di hadapi oleh mana-mana pasangan, baik yang telah berkahwin mahupun sebaliknya. Tetapi bagaimana mahu menyiasat tentang kecurangan pasangan masing-masing?

Foto: Business Insider

Semuanya handal dan pandai menyembunyikan rahsia! Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menyiasat pasangan anda secara online!

1Pantau Gerak Geri Pasangan

Foto: Pin Hawk Blog

Ini merupakan salah satu cara untuk melihat perbezaan pasangan, jika firasat anda menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan anda, jangan berlengah terus lakukan pemerhatian terhadap pasangan.

Perhatikan gerak geri pasangan secara visual. Visual yang di maksudkan di sini adalah, anda bukan sahaja memantau pergerakan hariannya tetapi memantau juga ‘browser’ yang di log oleh si pasangan!

2Semak Internet History Pasangan

Foto: Live Mint

Selain memantau atau memerhatikan gerak geri pasangan anda, anda juga harus menyemak senarai atau history internet pasangan anda baik di dalam telefon bimbit mahupun di laptop atau tablet milik pasangan anda.

3Semak Email Pasangan

Foto: Time Magazine

Tidak cukup dengan hanya menyemak sejarah internet dan memantau gerak geri pasangan, anda juga harus menyemak email pasangan anda. Lihat rekod-rekod lama dan baru yang di terima oleh pasangan anda. Dan lihat jika ada sebarang mesej yang mencurigakan.

4Muat Turun Program Keylogger

Foto: Elite Keylogger

Keylogger atau lebih di kenali sebagai keystroke logger atau system monitor. Ia merupakan sistem pemerhati yang memonitor serta merekod passord dan maklumat.

Dengan memuat turun program ini, anda dapat mengetahui nama ID dan password pasangan dan menyiasat aktiviti yang di lakukan di dalam mana-mana website dan memantau pasangan secara ‘senyap’ tanpa pengetahuannya.

Dan anda juga tidak perlu risau bagaimana mahu mendapatkan password dari pasangan jika mereka tidak mahu memberi kepada anda!

Foto: Archstone Recovery

Ingat tindakan sebegini sememangnya mengganggu privasi pasangan, sebaik-baiknya masing-masing berterus-terang dan menyelesaikan duduk perkara secara berdepan dengan baik. Dan komunikasi merupakan salah satu kunci di dalam sesebuah perhubungan!