Orang Kurang Upaya Kawal Robot Bekerja Di Kafe

13

Di Jepun, sebuah kafe telah di buka khas untuk orang kurang upaya untuk mendapat peluang pekerjaan sekaligus membina environment yang sihat dengan bersosial bersama masyarakat dengan bantuan robot yang di gelar sebagai OriHime. 

Foto: Nippon Foundation

Projek ini merupakan kerjasama di antara The Nippon Foundation, Ory Lab Inc dan juga ANA Holdings Inc. Tiga syarikat besar ini ingin menggunakan kemajuan teknologi bagi membantu orang kurang upaya terutama bagi yang menghidapi ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis) yang merupakan penyakit motor saraf.

Foto: Patient Daily (Pesakit di atas menghidapi penyakit ALS)

Selain menggunakan teknologi bagi membantu golongan kurang upaya mendapat tempat di alam pekerjaan. Di samping itu, golongan kurang upaya dapat membina keyakinan diri mereka secara perlahan-lahan dengan bergaul bersama masyarakat atau pelanggan yang datang ke kafe ini.

Foto: Good News Network

Tambahan lagi, golongan kurang upaya dapat mengawal robot dan menjadi avatar bagi robot tersebut hanya dari rumah.

Dan ini amat menyenangkan mereka, malah golongan kurang upaya juga dapat berkomunikasi bersama pelanggan dengan sistem suara yang di sambung terus kepada pemilik avatar (golongan kurang upaya) dan dapat melihat pelanggan melalui kamera yang terdapat di dahi robot masing avatar milik mereka.

Foto: Remotely controlled robots OriHime-D, developed by Ory Lab Inc. to promote employment of disabled people, serve customers at a cafe in Tokyo, Japan November 26, 2018. REUTERS/Issei Kato – RC142F1E7620

Di harap projek ini dapat dijalankan dan di buka di seluruh pelosok dunia, kerana ia bukan sahaja memberi peluang kepada golongan kurang upaya untuk bekerja tetapi, mereka juga dapat gaul bersama masyarakat luar dan sekaligus membina gaya hidup sihat.