Samsung – Rekod Pendapatan Suku Keempat 2018 Tidak Mencapai Target

24

Samsung merupakan salah satu syarikat terbesar pengeluar telefon bimbit terkenal dunia, merekodkan jumlah pendapatan tahunan pada suku keempat 2018 kurang dari apa yang di jangkakan.

Rekod penjualan telefon bimbit Samsung dari bulan Oktober sehingga Disember pada tahun 2018 tidak mencapai target syarikat, sebaliknya ia menurun. Samsung memberi ulasan ringkas tentang kemerosotan pendapatan pada suku keempat tahun lepas adalah kerana permintaan perisian memori cip bergerak perlahan.

Foto: PYMNTS

Selain itu, pertumbuhan pelbagai jenama syarikat telefon bimbit bimbit di pasaran memberi impak dan persaingan sengit di dalam industri telefon bimbit pintar yang juga merupakan salah satu faktor kemerosotan pendapatan syarikat gergasi ini.