TLC Electronics Holding Limited merupakan salah satu dari tiga jenama televisyen dan merupakan sebuah syarikat elektronik yang terkenal di seluruh dunia. Hari ini TLC telah melancarkan produk televisyen terbaru di Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa 2019 di Las Vegas.

Televisyen yang di keluarkan oleh TLC ini di perkasa dengan Intellegence Artificial (AI) dan diantara produk TLC yang memasuki pasaran Amerika Syarikat adalah TV 8K X10 QLED dan TV Perdana Siri-8.

Foto: Flat Panels HD

Kedua-dua produk televisyen ini di lengkapi dengan Intellegence Artificial (AI). Malah, produk televisyen ini juga mempunyai gabungan khas seperti Android TV, Roku (khas untuk Amerika Utara sahaja) dan Amazon Alexa.

Foto: Walmart

Televisyen daripada TLC ini akan memasuki pasaran pada suku kedua tahun ini. Selain itu, teknologi paparan 8K ini lebih jelas dan terang dengan resolusi 33.2 megapiksel ini memberi empat kali ganda jumlah bilangan piksel untuk sebuah TV 4K.

Foto: TLC

Tambahan lagi, dengan sentuhan perisian TV Android yang di bantu dengan Google Assistant di reka khas di dalam televisyen TLC ini. Televisyen ini dilengkapi dengan bar bunyi AI yang gempak serta reka bentuk pemandangan penuh.

Manakala spesifikasi terperinci tentang produk televisyen daripada TLC ini akan di dedahkan dalam masa terdekat.