AMD Hasilkan Grafik Kad 7NM Yang Pertama Di Dunia

24

Persaingan penghasilan kad grafik yang unik, gempak dan hebat semestinya AMD dan NVIDIA merupakan nama utama di dalam dunia penghasilan kad grafik bukan? Menariknya kali ini, AMD tampil dengan Radeon solusi grafiknya yang cukup menarik perhatian pencinta gamers di seluruh dunia!

AMD Radeon VII merupakan CPU yang cukup unik yang di ilhamkan berdasarkan seni bina AMD Vega GPU dengan spesifikasi 7nm GPU yang merupakan GPU generasi kedua daripada versi Vega GPU yang pertama.

Foto: Ars Technica

Dari segi spesifikasi AMD Radeon VII ini, ia di lengkapi dengan 16GB HBM2 grafik memori yang beroperasi pada kelajuan 1.8GHz. Apa yang menariknya di sini adalah kad grafik ini mempunyai kapasiti simpanan yang sangat luas iaitu dengan kapasiti sebanyak 1 terabyte.

Foto: OC3D

Kad grafik ini memberi nilai prestasi 29 peratus lebih baik untuk prospek gaming dan 36 peratus lagi dari segi kreativiti kandungan yang terdapat pada kad grafik gempak ini.

Foto: Play Tech

Tambahan lagi AMD Radeon VII ini akan menyusul di pasaran pada 7 Februari 2019 ini. Harga kad grafik ini akan di jual pada US$699 atau RM2867 wang Malaysia! Malah, bagi pembelian tersebut, AMD akan memberi bonus percuma kepada gamers iaitu PC copy upcoming Resident Evil 2 remake, Devil May Cry 5 dan juga Tom Clancy’s The Division 2.