Kamera Merupakan Kunci Rahsia Vivo Bagi Tahun 2019

70

Vivo memegang kunci kejayaan penghasilan telefon bimbit pintarnya adalah penghasilan kamera pada telefon bimbit. Sudah tentunya ia merupakan salah satu elemen penting di dalam penciptaan telefon bimbit masa kini.

Dan Vivo mempunyai keunikan serta kekuatan kameranya yang tersendiri bagi tetap terus bertahan di dalam industri telefon bimbit ini.

Foto: Tech Arena

Selain itu, Vivo juga mensasarkan golongan muda yang gemar berswafoto bagi meningkatkan jumlah permintaan di dalam pasaran telefon bimbit. Tidak di nafikan golongan muda kini gemar berswafoto, malah boleh katakan hampir setiap masa mahu berswafoto dan terus memuat naik gambar tersebut di laman sosial masing-masing betul tak?

Foto: Engadget

Apa yang lebih menariknya, Vivo berjaya menarik perhatian golongan muda ini dengan penghasilan kamera telefonnya yang unik dengan evolusi inovasi dunia teknologi.

Foto: SENHENG

Baru-baru ini, Vivo mengeluarkan Vivo Nex dengan kamera hadapan yang di kenali sebagai elevating camera mempunyai sentuhan elemen inovasi yang hebat. Vivo menghasilkan telefon bimbit dengan skrin yang luas, justeru itu ia membina kamera yang boleh pop up agar keluasan skrin telefon tidak terjejas.

Foto: Beebom

Tambahan pula, Vivo telah memperluaskan kajian terhadap penggunaan artificial intellegence (AI) bagi menggabungkan teknologi AI ke dalam penghasilan kameranya.

Penghasilan idea kreatif dan unik ini membuatkan telefon bimbit Vivo semakin mendapat tempat di kalangan pengguna gajet, sama-sama kita nantikan keluaran telefon bimbit Vivo terbaru dengan fokus kamera yang unggul.