Menurut sumber yang di tulis oleh Liputan6 yang di ambil dari Mirror, menyatakan para ilmuan di Stanford University, Amerika Syarikat membawa penghasilan software ke peringkat yang luar biasa!

Foto: OCSICO

Software tersebut mempunyai kemampuan meneka atau menjangka bila seseorang manusia itu mati. Dan apa yang lebih mengejutkan adalah, akurasi atau ketepatan jangkaan itu hampir-hampir sempurna!

Foto: Bill Right Online

Ketepatan software tersebut dapat mencapai lebih kurang 90 peratus. Tetapi walaubagaimanapun, software ini tidak dapat membuat jangkaan kematian mengikut keadaan manusia.

Contohnya software ini tidak dapat menjangka bagaimana manusia itu meninggal dunia, adakah mereka meninggal di sebabkan kemalangan atau menghidap penyakit kritikal.

Foto: Hartman Technology

Software canggih ini menggunakan teknologi artificial intellegence (AI) yang di latih oleh para ilmuan dengan menganalisa 160,000 pesakit yang terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak di hospital Standford serta Lucile Packard.

Berdasarkan sejarah, isu membuat jangkaan kematian menggunakan teknologi ini bukanlah pertama kali berlaku. Pada tahun 2015, sekumpulan doktor di Beth Israel Deaconess Medical Center, Boston Amerika Syarikat. Telah melakukan hal yang serupa juga.

Foto: IT Solutions

Perkembangan teknologi di dalam dunia perubatan telah lama berkembang maju dan meluas sehingga muncul software yang dapat membuat jangkaan kematian manusia hampir tepat.

Jika di lihat dari aspek kegunaan teknologi di dalam industri perubatan ini, pengumpulan data dan mencari ketepatan data untuk membantu pesakit dalam meneruskan hidup, amat bernilai.