Powerbank sememangnya penyelamat di kala telefon bimbit kehabisan bateri, tetapi jika waktu kecemasan dan kebetulan anda tidak mempunyai powerbank waktu itu bagaimana?

Nah ini lima tips yang boleh anda gunakan supaya tidak terlalu bergantung pada powerbank!

1Limitkan Penggunaan Lokasi

Foto: Ridester

Maksudnya di sini adalah, tutup fungsi GPS telefon bimbit dengan cara ini bateri telefon tidak akan cepat habis. Anda cuma perlu tekan ‘setting’ pilih ‘location’ kemudian pilih ‘device only’ atau ‘phone only’. 

2Guna Theme Gelap

Foto: True Caller Blog

Jika anda menggunakan telefon bimbit dengan layar skrin OLED, anda gunakan theme gelap. Menggunakan tema warna yang gelap dapat memperlahankan tenaga bateri daripada cepat habis.

Mengapa kena guna tema warna gelap? Ini kerana jika anda menggunakan tema yang terlalu berwarna-warni, ia akan menggunakan terlalu banyak cahaya dan tenaga telefon, bukankah ia akan mempercepatkan bateri telefon anda habis?

3Tutup Fungsi Wi-Fi

Foto: Wise GEEK

Penggunaan Wi-Fi pada telefon bimbit juga salah satu faktor yang mempercepatkan tenaga bateri anda habis. Pastikan anda menutup fungsi Wi-Fi jika tidak menggunakannya.

4Limitkan Penggunaan Aplikasi Lain

Foto: Tech Crunch

Bateri telefon akan cepat habis jika anda menggunakan terlalu banyak aplikasi pada telefon bimbit anda.

5Gunakan Aplikasi Versi Lite

Foto: Systweak Blog

Aplikasi versi Lite ini merupakan aplikasi yang ringan, malah ia kurang menghabiskan tenaga telefon bimbit apabila beroperasi. Jadi check segala aplikasi yang anda ada dan bandingkan sendiri di antara versi lite serta yang biasa.

Anda boleh semak dengan membuka ‘setting’ pilih ‘battery’ kemudian tekan ‘menu’ dan pilih ‘battery usage’. Dari situ anda boleh bandingkan penggunaan aplikasi versi lite dan aplikasi biasa. Aplikasi versi lite lebih ringan dan lambat menyerap tenaga bateri telefon.

Apa-apa pun anda harus try-in-error baru tahu mana satu yang betul, betul tak?