Menurut sumber daripada Liputan6 yang di ambil dari Ubergizmo, para ilmuan daripada Michigan State University yang sedang merancang untuk mencipta sebuah teknologi yang mampu mengecas bateri telefon bimbit dengan melalui jendela atau tingkap rumah yang di bina.

Foto: Window World

Berdasarkan penelitian yang di buat oleh para ilmuan dari universiti ini, mereka ingin menjadikan jendela atau tingkap rumah yang mampu menyerap sel tenaga suria dengan menggunakan konsep fotovoltaik atau dengan erti kata lain, menukar tenaga suria kepada elektrik.

Foto: FL Solar Guru (Konsep gerak kerja fotovoltaik)

Kumpulan penyelidik dari universiti terbabit yang di ketuai oleh Richard Lunt berpendapat dengan penggunaan tingkap sebagai salah satu alat mengecas bateri telefon, ia merupakan satu sistem yang bermanfaat kepada manusia sejagat.

Foto: RiesGo Analytics

Walaubagaimanapun, ciptaan inovasi teknologi ini masih berada pada paras satu hingga lima peratus sahaja. Penghasilan ciptaan teknologi yang berinovatif seperti ini, memerlukan masa serta kajian secara berterusan untuk menjadikan idea ini sebuah realiti.