Di ambil dari laman web Lowyat.Net, Samsung secara rasminya telah menurunkan harga telefon bimbitnya iaitu Galaxy A7 pada harga RM1099. Samsung telah menurunkan sebanyak RM200 daripada harga asalnya, telefon ini telah berada di pasaran sejak bulan Oktober tahun lepas lagi.

Foto: CS Mobile

Samsung Galaxy A7 ini merupakan telefon kategori sederhana dengan perisian Exynos 7885 Soc, 6GB RAM, kapasiti bateri 3300mAh dan skrin yang berkeluasan 6 inci yang di perkasa dengan Super AMOLED.

Foto: The Android Soul

Telefon ini juga di datangi dengan 128GB sehingga 512GB kapasiti simpanan dalamannya serta ia juga dilengkapi dengan slot memori kad.

Foto: Max About News

Di samping itu, telefon Galaxy A7 ini di reka dengan tiga jenis kamera yang mempunyai fungsi yang berlainan, iaitu lensa kamera utamanya 24MP f/17. Manakala bagi lensa yang kedua ia merupakan lensa 8MP f/2.4 ultra-wide angles dan lensa yang ketiga 5MP f/2.2 dengan depth sensor.

Bagi yang ingin memilik Samsung Galaxy A7 dengan harga RM1099, telefon bimbit pintar ini boleh di dapati di ke semua outlet Samsung dan di outlet pilihan berhampiran anda.