Virus merupakan entiti pemusnah yang merosakan serta menduplikasi segala maklumat yang ada di dalam komputer anda. Bukan itu sahaja,

“anggaran kerosakan yang di lakukan oleh virus-virus pemusnah ini sememangnya mahal umpama harga dari neraka !”

Ini merupakan lima jenis virus komputer, yang menyebabkan kerosakan yang bernilai lebih daripada satu juta US dollar.

1Melissa Virus 1999

Foto: Slide Player

Melissa virus atau di kenali sebagai ‘Mailissa’, virus ini meupakan mass-mailing macro virus yang di temui pada 26 March 1999. Virus ini telah menutup internet email sistem dan lebih dari 20 peratus komputer di serata dunia terkena virus ini.

2ILOVEYOU 2000

Foto: Evil by Design

Virus ILOVEYOU atau di kenali sebagai ‘Love Letter’ ini merupakan virus yang paling licik di dalam dunia virus perkomputeran pada ketika itu. Lebih dari 15 juta komputer dari serata dunia telah di jangkiti oleh virus ini. Virus ini menyelinap masuk ke dalam email akaun dan menghantar mesej entiti seperti ini “I Love You” bersama sebuah file.

Dan mereka yang mendapat mesej file sebegini tertarik kepada mesej tersebut, lalu memuat turun file berisi virus ini di dalam komputer mereka tanpa menyedari file mesej itu mengandungi virus.

3Code Red 2001

Foto: Network World

Virus Code Red ini merupakan virus cacing komputer yang diperhatikan pada tahun 13 Julai 2001. Virus daripada code red ini menyebabkan kerosakan sebanyak US$ 2 billion.

Malah virus ini juga pernah menyerang server White House, Amerika Syarikat pada masa itu.

4MyDoom 2004

Foto: Comodo Antivirus

Sepertinya MyDoom, virus ini merupakan virus email terpantas sehingga menyebabkan kerosakan network bernilai US$ 38 billion. Virus ini bergerak pantas dari virus-virus yang lain.

Malah virus ini juga pernah menyerang komputer daripada Microsoft Windows dengan menggunakan email akaun pengguna. Virus ini akan memasuki akaun email dengan mesej-mesej seperti “Mail Delivery System”, “Test”, “Mail Transaction Failed” atau pun “Error”.

Dan apabila pengguna email mendapat mesej sebegini dan membuka email tersebut, secara tidak langsung, virus ini tersebar dan menjangkiti komputer dan segala item di dalamnya.

5Conficker 2008

Foto: Security FAQs

Virus yang di kenali sebagai Conficker ini pula merupakan pemegang carta virus komputer paling berbahaya. Virus ini menyerang sistem operasi Microsoft Windows 2000, Windows 7 dan Windows Server 2008 R2.

Malah, lebih dari 12 juta komputer di serata dunia dijangkiti oleh virus ini dan antara network yang pernah di jangkiti oleh virus ini adalah French Navy, Kementerian Pertahanan U.K, Manchester City Council dan network di jabatan polis di U.K.