BOBCAT Mesin Yang Mampu Membersihkan Pantai?

65

Mesin daripada Bobcat ini mampu membersihkan pantai dengan mudah dan cepat! Kini pencemaran alam semakin berleluasan, terutamanya di pantai.

Lambakan botol-botol plastik di buang merata-rata lalu mencemarkan persisiran pantai dan sekaligus mengancam habitat di laut.

Foto: Pic Snaper

Mesin ini mudah di kendalikan dan segala sampah sarap yang masuk ke dalam mesin akan di hancurkan dan menjadi bahan kitar semula mahupun komposit sebahagian daripada tanah.

Foto: Reliable Equipment

Mesin mempunyai kapasiti tinggi sebanyak 350 litre, selain itu mesin ini juga mampu membersihkan kawasan seperti padang sukan, kawasan tasik, kawasan berbatu, padang permainan, pantai dan pelbagai kawasan lain lagi.

Jika mesin ini dapat membantu membersihkan pantai-pantai yang tercemar di serata dunia ini alangkah bagusnya!

Lagi pula dengan penggunaan mesin sebegini, ia tidak akan merosakan alam sekitar dan sekaligus dapat menyumbang dari segi tenaga kepada para pencinta alam bagi membantu membersihkan pantai.