Menurut artikel yang di tulis oleh Lowyat.Net yang di ambil dari laman sosial Facebook Bank Simpanan Nasional (BSN), mesin ATM telah beroperasi seperti biasa pada hari ini.

Foto: AEON Credit

Dari pagi sabtu kelmarin BSN mengalami masalah sistem yang mana ia mengganggu mesin ATM, mesin Cash Deposit, servis MEPS, perbankan online MyBSN dan servis Ejen Bank BSN.

Foto: Lowyat.Net

Selaras dengan pemulihan sistem mesin ATM, BSN juga turut mengaktifkan ‘activated manual withdrawal option’ atau dengan erti kata lain mengeluarkan wang secara manual untuk para pelanggannya yang mana gaji mereka di daftar di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Manakala bagi golongan pesara pula mereka di benarkan mengeluarkan RM 500 sehari dan untuk para pelajar di limitkan pengeluaran sebanyak RM 200 sehari.

Foto: mStar

Sejak pagi hari ini mesin ATM telah kembali pulih dan beroperasi seperti biasa dan isu mengenai pengeluaran secara manual ini, tidak dapat di kenal pasti sampai bila ia akan berlanjutan untuk para pelanggan mengeluarkan gaji mereka secara manual.

Walaubagaimanapun, pihak BSN memberi jaminan wang simpanan para pelanggan dan wang deposit milik mereka selamat dan di lindungi.