WhatsApp – Limitkan Lima Kali Sahaja Untuk Forward Mesej

158

WhatsApp telah menetapkan penghantaran mesej forward limit kepada lima kali sahaja. Ini adalah untuk mengekang pelbagai jenis informasi yang tidak sahih akan kepastiannya dari terus menerus tersebar.

Isu limitasi terhadap penghantaran mesej forward ini telah bermula sejak semalam lagi di seluruh pelosok dunia. Meskipun had penghantaran mesej forward ini hanya lima kali sahaja tetapi dengan lima kali penghantaran mesej bagi seorang individu, mesej tersebut mampu menjangkau kepada 1300 orang dalam masa yang singkat!

Foto: Business Today

Pengguna aplikasi seperti WhatsApp telah di salah gunakan oleh sesetengah pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita mahupun sebarang maklumat yang tidak sahih sehingga mampu mengganggu gugat keharmonian mahupun keselamatan di dalam sesebuah negara itu sendiri.

Oleh itu, langkah ini telah di kuatkuasa bagi mengekang isu penyebaran maklumat palsu dari berterusan tersebar. Walaupun ia tidak mampu menghalang atau pun menyekat ke seluruhan maklumat-maklumat yang tidak sahih. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit sebanyak, sebarang hebahan yang tidak sahih dari terus berleluasa.

Foto: Beta News

Dan di India, WhatsApp telah di kuatkuasakan limitasi terhadap penghantaran mesej sebanyak lima kali untuk mengekang isu penyebaran maklumat palsu. Hal ini di pandang serius apabila pelbagai cubaan membunuh dan serangan berlaku di India apabila menerima maklumat palsu mengenai isu penculikan kanak-kanak di sana.

Isu penyebaran maklumat palsu akan terus berlaku jika sesetengah pihak atau individu yang tidak berintergriti dan mempunyai sikap mementingkan diri serta mempunyai agenda tersendiri ini, tidak di banteras selagi itu lah isu ini akan terus berlarutan.

Foto: My News Hub

Ingat platform yang ada jangan di salah guna, dan rakyat pula jangan mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang anda dapat melalui hebahan di media sosial anda mahupun di aplikasi WhatsApp.

Sebaik-baik orang yang berfikir adalah menyiasat dahulu sumber maklumat yang di terima dan jangan mudah percaya secara bulat-bulat. Dan pastikan sumber maklumat yang anda dapati itu sahih dan bukannya dari sumber “group sebelah” !