Kadangkala kita terlepas pandang butiran-butiran penting tentang fungsi yang ada di dalam telefon bimbit. Contohnya fungsi RAM yang terdapat di dalam telefon bimbit anda sekarang ini.

Penting untuk anda menyedari kepentingan kapasiti saiz RAM di dalam telefon bimbit untuk memudahkan urusan kerja mahupun peribadi.

Foto: Prophet Hacker

Jangan kata RAM di telefon bimbit sahaja yang penting, tetapi kapasiti RAM di dalam laptop, komputer dan notebook juga penting untuk anda mengambil tahu tentang kapasiti saiz yang ada di dalamnya.

Fungsi RAM terbahagi kepada empat gerak kerja yang berlainan.

1Berfungsi Sebagai Multitasking

Foto: Archos

RAM berupaya beroperasi secara multitasking dalam sesebuah gajet (telefon, komputer, laptop dan sebagainya), antara kerja multitasking di sini adalah, telefon tersebut mampu membuka aplikasi lebih dari 1 dalam satu masa.

Harus di fahamkan di sini, semakin besar kapasiti saiz RAM tersebut semakin lancar pemprosessan data dan dalam masa yang sama, anda mampu melakukan pelbagai tugas secara serentak.

2Berfungsi Sebagai Penyimpan Maklumat Sementara

Foto: Gadgets Connector

RAM juga berfungsi sebagai penyimpan maklumat sementara, sebagai contoh ia mampu menyimpan maklumat aplikasi atau program yang anda muat turun di Google App Store atau App Store di dalam telefon bimbit dengan bantuan CPU yang memproses maklumat sebelum di simpan di dalam RAM telefon.

3Semak Kapasiti RAM Mengikut Keperluan

Foto: Android Central

Jika anda hanya menggunakan telefon bimbit untuk kegunaan harian sahaja, anda boleh mencari telefon bimbit yang mempunyai kapasiti RAM yang tidak terlalu besar. Cukup mengikut keperluan harian anda.

Tetapi jika anda ingin menggunakan telefon anda untuk kegunaan harian dan juga semasa kerja, sebaiknya anda mencari kapasiti RAM yang besar untuk memudahkan anda menyimpan maklumat dengan lancar dan cepat.

4RAM Merupakan Aspek Penting Bagi Gamers

Foto: Gigaom

Kenapa RAM di katakan penting terutamanya bagi si gamers? Kerana, semakin luas atau banyak kapasiti RAM di dalam telefon bimbit atau laptop tersebut, semakin lancar si pemain bermain permainan mereka dan semakin mudah untuk mereka memuat turun permainan di Google App Store atau App Store.

Ini kerana saiz kapasiti fail untuk memuat turun permainan ke dalam telefon bimbit adalah besar dan ia memerlukan saiz RAM yang besar untuk menyimpan rekod serta data fail permainan.