Menggunakan laptop atau komputer dalam menyelesaikan tugasan baik sebagai seorang pelajar mahupun yang sedang bekerja pastinya akan melalui masa-masa seperti laptop hang tiba-tiba atau prosessor ‘lembab’.

Foto: Laptop Mag

Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah seperti ini? Di sini admin kongsikan 5 cara untuk mengatasi masalah laptop ‘lembab’ beroperasi ini.

1Ganti Hardisk Dengan SSD

Foto: PC Mag

Salah satu cara untuk melajukan prosessor komputer ataupun laptop, anda boleh menggantikan hard disk dengan SSD atau di kenali sebagai Solid State Drive, ia menyimpan data dengan lebih pantas dan cepat.

2Upgrade RAM

Foto: Android Central

Selain itu, anda boleh meng-upgrade RAM laptop atau komputer untuk meluaskan kapasiti RAM agar operasi laptop mahupun komputer berjalan lebih baik. Malah lebih banyak kapasiti RAM lebih pantas laptop atau komputer anda beroperasi.

3Bersihkan Laptop

Foto: Beta News

Anda juga harus membersihkan laptop serta segala hardware di dalamnya agar habus atau bendasing tidak mengganggu perisian di dalam laptop ataupun komputer anda.

4Unistall Software Yang Tidak Perlu

Foto: The Windows Club

Jika di dalam laptop mahupun komputer anda mempunyai software-software yang tidak lagi di gunakan atau aplikasi yang tidak penting, sebaiknya anda unistall software tersebut untuk meringankan laptop dan memudahkan ia beroperasi lebih lancar.

5Reset Laptop

Foto: The Windows Club

Selain itu, anda juga boleh me-reset semula laptop, ini merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah kelembapan sistem operasi laptop mahupun komputer.