WeChat Pay MY merupakan aplikasi tambahan di dalam platform sosial media WeChat. Aplikasi yang di bina oleh syarikat Tencent di China ini ingin memberi kelainan bagi sambutan Tahun Baru Cina 2019.

WeChat memberi promosi perayaan istimewa kepada penggunanya bermula pada 28 Januari sehingga 17 Februari 2019 ini. Pengguna yang bertuah yang menggunakan WeChat Pay MY dengan pelbagai kupon tunai dan paket wang untuk sepanjang tempoh promosi.

Foto: WeChat Malaysia

Untuk menikmati kupon istimewa WeChat, pengguna akan mendapati satu kopun yang bernilai RM2 secara serta merta sebaik sahaja mereka me-log masuk ke skrin utama WeChat Pay MY.

Selain itu, pengguna juga boleh menambah nilai dompet WeChat Pay MY dengan amaun minima RM10 atau lebih bagi menebus kupon tambahan berjumlah RM5 dan jika pengguna menggunakan kad debit untuk akaun WeChat Pay MY, pengguna akan menikmati lagi satu kupon tambahan bernilai RM5.

Secara keseluruahanya, pengguna berpeluang memungut RM12 di dalam e-Dompet WeChat Pay MY.

Foto: WeChat Malaysia

Di samping itu, pengguna juga berpeluang menggunakan promosi lain dengan Gongcang dan Menang Paket Wang. Pengguna boleh mencuba WeChat Pay Shake Bonus.

Malah sebarang pembayaran sebanyak RM5 dan ke atas menggunakan WeChat Pay MY, pengguna dapat mengambil bahagian dalam Shake Bonus dan berpeluang untuk memenangi kupon bernilai sehingga RM66 ataupun Paket Wang yang bernilai sehingga RM88.