Adakah Sony Xperia XZ4 Bakal Membuat Kemunculan Februari Ini Di MWC?

27

Selepas Sony Xperia XZ3 di pasarkan, kini keluar desus desas mengatakan Sony bakal melancarkan Sony Xperia XZ4 pula, di Mobile World Congress (MWC) yang bakal berlangsung pada 25 Februari sehingga 28 Februari 2019 nanti.

Foto: Daily Express

Sony Xperia XZ4 di katakan mempunyai spesifikasi yang gempak, dengan perisian daripada Qualcomm SDM855 Snapdragon 855 Adreno 730. Malah telefon ini juga di saluti dengan Gorilla Glass 6 di depan dan belakang telefon serta dilengkapi dengan perisai frame aluminium.

Foto: Tech News

Sony Xperia XZ4 ini juga mempunyai ciri-ciri Water Proof dan anti debu dengan IP68 Dust serta di perkasa dengan P-OLED touchscreen dengan skrin yang berkeluasan 6.5 inci.

Foto: Techno Bezz

Menariknya rekaan Sony untuk telefon bimbit pintar terbaru ini, di kata mempunyai rekaan Triluminos display dengan X-Reality Engine yang memancarkan line yang iluminasi yang elegent dan cool.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pada bulan Februari ini nanti akan kesahihan tentang spesifikasi, harga dan tarikh kemunculanya di pasaran nanti.