Para saintis daripada Amerika Syarikat dan Spain telah berjaya mencipta sebuah alat yang fleksibel untuk menguatkan alat elektronik seperti gajet, dan alat elektronik perubatan melalui signal Wi-Fi.

Foto: Azo Nano (Molybdenum Disulfide) MoS2

Menurut sumber daripada journal Nature yang telah di ambil dari Xinhua News, antena frekuensi radio yang fleksibel mampu menukar kepada gelombang AC elektromagnetik dan menyerap masuk menjadi gelombang elektrik DC.

Antena ini di perbuat daripada dua dimensi rectifier yang di kenali sebagai Molybdenum Disulfide (MoS2), di mana antena ini mempunyai tiga atom yang nipis dan menjadikan ia semikonduktrur yang paling nipis dan kecil di dunia.

Foto: Science Direct (Molybdenum Disulfide) MoS2

Apabila signal AC dan wi-fi merentasi di dalam semikonduktur tersebut, ia akan bertukar kepada DC voltage dan tenaganya dapat di gunakan untuk mengecas bateri. Alat atena ini fleksibel sehingga ia mampu cover sehingga bahagian atau kawasan yang besar seperti bangunan.

Antena MoS2 ini mampu menangkap sehingga 10 gigahertz signal wireless! Dan mampu memberi tenaga kepada pengguna elektronik untuk kadar masa yang lebih panjang. Malah cara ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga dengan lebih bagus lagi.