Dacsee telah mengukuhkan kedudukannya di dalam pemasaran ride-sharingnya di Malaysia. Sejak ia di lancarkan pada bulan Julai tahun lepas, jumlah bilangan pemandu dan penumpang telah meningkat dengan mendadak.

Foto: Crypto Currency News And Trading Tips

Dan berikutan itu, ia ingin meluaskan perkhidmatan ride-sharing ini dengan memasuki pasaran di Asia Tenggara dan Korea. 

Foto: Google Play

Di anggarkan perkhidmatan ride-sharing di Asia Tenggara di jangka melonjak hampir USD30 billion menjelang tahun 2025.

Foto: SteemKR

Dacsee merupakan salah satu perkhidmatan ride-sharing yang pertama di dunia yang menggunakan kelebihan teknologi blockchain dan desentralisasi untuk mengurangkan masalah ekonomi masyarakat berpendapatan rendah dan sekaligus mewujudkan sistem ekosistem yang baik.

Bagi yang belum mengetahui, Dacsee telah beroperasi secara aktif di bandar-bandar utama di Malaysia seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu dan Kuching.