Facebook dedahkan mengapa pengguna media sosial tersebut sering melihat iklan di laman Facebook milik mereka. Bermula 28 Februari 2019 ini, Facebook akan mengeluarkan butang “Why am I seeing this ad?”.

Foto: ECommerce Daily News

Melalui butang tersebut, pengguna Facebook akan mendapat maklumat secara terperinci tentang siapakah yang mendedahkan profile pengguna Facebook kepada syarikat iklan.

Meskipun buat masa kini, Facebook hanya dapat memberi maklumat tentang ‘hujan iklan’ ini berdasarkan maklumat diri pengguna, yang di mana pihak – pihak tertentu gunakan untuk menarik iklan di ruangan halaman Facebook milik pengguna.

Foto: NDTV Gadgets

Dengan mengetahui siapa yang mendedahkan profile pengguna kepada pihak pengiklanan, pengguna dapat mengetahui jenis pengiklanan yang bagaimanakah ‘membanjiri’ ruangan halaman Facebook milik mereka.

Tambahan lagi, Facebook juga akan membantu mengekang mana-mana pihak ketiga yang cuba mengambil maklumat peribadi pengguna tanpa kebenaran.