Bermula bulan hadapan Samsung Galaxy Note 9 akan update feature Android Pie dan One UI bagi telefon bimbit di pasaran Malaysia. Sebelum telefon bimbit Samsung Galaxy S9 dan juga S9+ telah update feature terbaru ini dan kini giliran telefon bimbit Samsung Galaxy Note 9 pula

Apa yang menariknya tentang feature terbaru Android Pie dan One UI ini adalah, telefon bimbit akan mempunyai sistem Night Mode yang boleh di ubah suai mengikut citarasa pengguna.

Foto: 9 to 5 Google

Selain penambahan feature daripada Android Pie, Samsung juga menambah One UI dengan perubahan yang terbaru dan disuaikan dengan sistem terbaru khas untuk pengguna telefon bimbit Samsung Galaxy Note 9.

Foto : Tech Guy Smart Buy Via XDA Developers

Feature terbaru ini memakan saiz data sebanyak 1.5GB, ia merupakan fail data feature yang besar, oleh itu pengguna telefon bimbit Samsung Galaxy Note di sarankan untuk memuat turun fail feature terbaru akan datang dengan menggunakan Wi-Fi.

Nantikan kemunculan feature terbaru ini di telefon bimbit anda dan guna sehabis baik kelebihan yang diberikan oleh feature terbaru ini nanti!