LG secara rasminya telah melancarkan telefon bimbit pintar terbarunya iaitu Q9 One. Telefon terbaru ini sebahagian daripada Android One Program. Telefon bimbit Q9 ini tidak seperti mana-mana telefon bimbit Android One, ia lebih bagus dan mempunyai perisian yang lebih baik dari sebelumnya.

Telefon bimbit Q9 One ini mempunyai skrin yang berkeluasan 6.1 inci dengan QHD display, telefon ini diperkasa dengan Qualcomm Snapdragon 835 SoC yang di lancarkan pada tahun 2017.

Foto: Slash Gear

Menariknya telefon mempunyai berat yang sangat ringan! Ya ringan, ia seberat 156 gram dengan ketebalan 7.9mm. Tambahan lagi kapasiti simpanan telefon ini pula sebanyak 64GB dengan kekuatan prosessor 4GB RAM.

Bukan itu sahaja, pelbagai rangkaian yang canggih telah di adaptasi ke dalam telefon ini, antaranya adalah Bluetooth 5.0, NFC, USB-C port, dan audio yang support 32-bit Hi-Fi Quad DAC yang memberikan alunan muzik yang cukup gempak!

Foto: Tech PP

Manakala bagi kamera pula, telefon bimbit Q9 One ini tidak kurang hebatnya dengan 16MP f/1.6 di bahagian kamare utamanya yang di sokong dengan HDR10 dan OIS support. Dan kamera di bahagian hadapan telefon ini pula tampil dengan 8MP sensor.

Sungguh pun ciri-ciri telefon bimbit Q9 One ini sangat menarik, malangnya syarikat LG hanya menjual telefon ini di Korea Selatan sahaja dengan harga KRW599500 atau RM2173 nilai matawang Malaysia.