Apple kini dibenarkan untuk menjual telefon bimbitnya di German setelah isu kontroversi penggunaan cip Qualcomm dan Intel di selesaikan. Mungkin ada sesetengah dari anda mengetahui bahawa Apple dan Qualcomm mempunyai isu di mahkamah di German.

Mahkamah di German mengeluarkan arahan untuk membankan Apple dari menjual iPhone 7 dan iPhone 8 yang menggunakan cip daripada syarikat Qorvo Inc. Cip dari syarikat terbabit merupakan sebahagian daripada modem cip Intel.

Foto: Hardware Zone

Tetapi setelah hampir dua bulan ban tersebut di keluarkan, kini Apple kembali dengan penyelesaian baru. Apple menggunakan cip daripada Qualcomm bagi iPhone 7 dan iPhone 8 nya agar telefon bimbit ini dapat memasuki pasaran German semula.

Isu memban penggunaan cip selain Qualcomm ini bukan berlaku di German sahaja, malah di China juga berlaku isu yang sama di mana Apple di ban dari menjual telefon bimbitnya dari iPhone 6 sehinggalah ke iPhone X.

Foto: Cashify

Nampaknya Qualcomm bukan syarikat biasa-biasa di mana negara-negara ‘gergasi’ ini lebih memihak kepada mereka dan secara terang-terang membankan cip lain selain Qualcomm.

Apa-apa pun, isu penggunaan cip ini telah di selesaikan dengan secara baik dan Apple pun berjaya memasarkan telefon bimbit mereka di German.