Samsung secara rasminya membuka tirai telefon bimbit terbarunya Samsung Galaxy S10 di sebuah majlis di San Francisco. Samsung Malaysia memaklumkan telefon bimbit Galaxy S10 series ini akan memasuki pasaran Malaysia, ke tiga-tiga siri iaitu Galaxy S10 Plus, Galaxy S10 dan Galaxy S10e boleh di dapati di outlet pilihan Samsung di seluruh Malaysia.

Apa yang menariknya harga yang di tetapkan oleh Samsung ini pasti dapat memikat hati anda! Galaxy S10e dengan kapasiti storan sebanyak 128GB di jual pada harga RM2699. Manakala bagi Galaxy S10 dengan kapasiti storan sebanyak 128GB di jual pada harga RM3299.

Foto: Techno Bezz

Bagi Galaxy S10 Plus dengan kapasiti storan sebanyak 128GB pula di jual dengan harga RM3699 dan bagi Galaxy S10 Plus dengan kapasiti storan 512GB di jual pada harga RM4599.

Untuk mendapatkan telefon terbaru daripada Samsung ini, anda boleh membuat pre-order bermula (esok) 22 Februari pada pukul 10 pagi sehingga 28 Februari sehingga stok masih ada.

Foto: Phone Scoop

Dan apabila anda membeli secara pre-order tak sah jika tiada goodie untuk pembeli bertuah bukan? Bagi pembeli yang membeli secara pre-order, anda akan mendapat goodies mengikut jenis pembelian seperti berikut:

  • Galaxy S10e – Galaxy Bud + Screen Protection yang bernilai RM639
  • Galaxy S10/S10 Plus 128GB – Galaxy Tab A 7.0 + Galaxy Bud + Screen Protection yang bernilai RM 1289
  • Galaxy S10 Plus 512GB – Galaxy Watch 42mm + Screen Protection yang bernilai RM1479

Jadi apa tunggu lagi, pre-order telefon pilihan anda esok dan anda akan mengambil telefon Galaxy S10 series ini bermula 6 Mac dan keatas nanti! Sebarang maklumbalas, anda boleh layari laman web rasmi Samsung Malaysia.