Samsung Galaxy Fold Dedah Harga RM8000 Dan Bakal Memasuki Pasaran Dunia April Ini

62

Samsung Galaxy Fold bukan lagi khabar angin semata, ia kini menjadi satu realiti apabila Samsung telah ‘mempersembahkan’ telefon bimbit Galaxy Fold tersebut di San Francisco di sebuah acara Galaxy Unpacked 2019.

Menariknya telefon bimbit ini boleh di lipat! Sesuai dengan namanya Samsung Galaxy Fold. Selain itu, Samsung juga baru sahaja melancarkan telefon Galaxy S10 series dan bakal memasuki pasaran teknologi tidak lama lagi.

Foto: Wired (CEO Samsung dari bahagian Mobile Division D. J. KOH memegang Samsung Galaxy Fold)

Telefon bimbit Galaxy Fold ini dikuasai oleh 7nm 64-bit octa-core prosessor daripada Qualcomm Snapdragon 855. Telefon ini mempunyai kapasiti 12GB LPDDR4x memori yang di lengkapi dengan 512GB UFS3.0 storan dalaman.

Tambahan lagi, telefon ini di datangi dengan dua display dimana salah satu darinya berukuran 7.3 inci QXGA+ Dynamic AMOLED Infinity Flex display dan manakala lagi satu display berukuran 4.6 inci HD+ Super AMOLED display yang terletak pada cover telefon tersebut.

Foto: The Indian Express

Untuk menghasilkan telefon bimbit yang boleh di lipat di bahagian skrinnya, syarikat Samsung ini telah menghasilkan layer polymer yang baru bersama display tersebut. Apa yang mengejutkan adalah, ketebalan layer polymer bersama display telefon tersebut hanya 50 peratus lebih nipis dari mana-mana standard biasa display telefon bimbit pintar!

Bukan itu saja, Samsung juga telah menambah beberapa enterlocking gears di dalam telefon tersebut yang membolehkan pergerakan (buka dan tutup) telefon tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Foto: PC World

Telefon Samsung Galaxy Fold ini di lengkapi dengan App Continuity di mana ia membolehkan telefon tersebut membuka tiga aplikasi sekaligus dengan lancar, ia kenali sebagai 3-way split screen UI.

Telefon Galaxy Fold ini di perkasa dengan enam kamera yang di mana salah satu dari kamera tersebut mempunyai 10MP selfie kamera yang di cover bersama triple rear kamera dan dual selfie kamera yang di inspirasi daripada telefon bimbit Galaxy S10 Plus.

Foto: Android Central

Manakala dari segi spesifikasi bateri pula, Galaxy Fold ini dikuasai dengan 4380mAh kapasiti bateri. Malah ia juga dilengkapi dengan Wireless Power Share feature yang memboleh telefon tersebut di cas secara wireless dengan telefon bimbit yang mempunyai keupayaan Qi-compatible.

Dan untuk sentuhan terakhir telefon ini mempunyai kelebihan LTE dan 5G jaringan komunikasi! Telefon ini akan berada di pasaran dunia bermula 26 April 2019 dengan harga permulaan adalah sebanyak USD 1980 atau lebih kurang RM 8058 wang ringgit Malaysia.

Walaubagaimanapun, kita masih belum mengetahui bila telefon ini akan tiba di pasaran Malaysia. Bagi yang sudah ternanti-nanti akan kemunculan telefon ini di pasaran pastikan anda telah ‘menabung’ dengan cukup!