Sony Xperia 1 Tampil Dengan 4K HDR OLED Sentuhan Futuristik Terbaru

52

Sony menampilkan telefon terbarunya Sony Xperia 1 yang di tayang di Mobile World Congress (MWC) 2019. Sony tampil berani dengan sentuhan inovasi dan futuristik, pasti peminat Sony ternanti-nanti keluaran telefon bimbit terbaru dari Sony bukan?

Sony Xperia 1 ini memiliki skrin yang berkeluasan 6.5 inci dengan ratio display 21:9, ia memberikan kelainan dengan ketinggian telefon yang memberikan kepuasan dengan display yang luas dan lebar.

Foto: Android Pit

Display ini tampil dengan 4K HDR OLED yang memberikan sense futuristik dan tidak kurang hebat dari telefon canggih yang di terdapat di pasaran kini!

Selain itu, Sony Xperia 1 ini juga mempunyai multi-camera setup di bahagian belakang telefon. Ia menampilkan tiga jenis kamera 12MP dengan fungsi lensa yang berlainan. Lensa yang pertama merupakan 26mm wide-lens, lensa yang kedua merupakan 52mm telefoto dan lensa yang ketiga 16mm superwide-lens.

Bagi dua fungsi lensa yang pertama ia di datangi dengan fungsi Optic Image Stabilisation (IOS) yang memberikan fungsi balance atau guide ketika hendak mengambil gambar kepada pengguna.

Bukan itu sahaja kehebatan Sony Xperia 1 ini, telefon bimbit ini juga di kuasai dengan cip Qualcomm Snapdragon 855 dengan kapasiti RAM sebanyak 6GB dan storan dalaman sebanyak 128GB yang di sokong dengan rating IP68.

Foto: Trusted Reviews

Malah kapasiti bateri telefon ini juga tidak kurang hebatnya dengan 3300mAh dan di lengkapi dengan sensor cap jari serta telefon ini juga mempunyai sistem sokongan yang di kenali sebagai Side Sense yang membolehkan pengguna mengakses aplikasi dengan meng-tap di bahagian tepi telefon bimbit.

Telefon bimbit unik ini bakal memasuki pasaran menjelang bulan Jun ini nanti dengan empat warna yang mewah iaitu Hitam, Putih, Ungu dan Kelabu. Walaubagaimanapun, Sony masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berapakah harga telefon bimbit ini, jadi ‘menabung’ dari sekarang jika anda ingin memiliki telefon ini okay!