LG G8 ThinQ Tampil Feature Sensor Tapak Tangan & Air Motion!

38

Sempena acara terbesar di dalam industri teknologi iaitu Mobile World Congress (MWC) 2019 ini, pelbagai syarikat pengeluar telefon bimbit terkenal dunia tampil dengan ciptaan telefon bimbit masing-masing!

Dan nama besar seperti LG juga tidak terkecuali dari mempamerkan hasil ciptaan telefon bimbit mereka yang terbaru iaitu LG G8 ThinQ. Nama G8 ini di ambil bersempena dengan sistem kamera yang terdapat di dalam telefon bimbit terbaru ini iaitu Z kamera.

Foto: BGR

Sistem yang di reka oleh LG ini menampilkan kamera di bahagian depan telefon dengan lensa 8MP yang di sokong dengan infrared sensors dan Time-of-Flight teknologi (ToF). Fungsi ini mengesan objek di depan dengan mengeluarkan cahaya infrared dan mengukur berapa lamakah cahaya di pantul semula ke lensa kamera.

LG benar-benar ‘all-out’ di acara MWC 2019 kali ini, dengan sistem telefon bimbit terbaru yang sungguh canggih!

Foto: Mr.Phone

Selain itu, dengan sistem Z kamera ini juga ia memiliki fungsi pengesan tapak tangan sebagai ID pemilik telefon bimbit. Fungsi ini akan mengesan bentuk, ketebalan dan karakteristik tapak tangan pemilik telefon.

Foto: Info Bites

Tapi bagi yang kurang ‘mahir’ atau ‘kekok’ menggunakan sistem ID pengesan tapak tangan, anda tidak perlu risau kerana telefon ini juga memiliki pengesan Face ID, jadi pengguna boleh memilih salah satu dari sistem ID tersebut.

Foto: Money Control

Teknologi Z kamera ini juga memiliki fungsi ‘Air Motion’, di mana pengguna boleh berinteraksi dengan telefon bimbit dengan pergerakan tangan tanpa perlu menyentuh skrin telefon bimbit!

Foto: CNET

LG G8 ThinQ ini memiliki skrin yang berkeluasan 6.1 inci dengan display QHD+OLED Full Vision dan apa yang menariknya adalah ia juga di lengkapi dengan teknologi Earpiece Speaker Crystal Sound OLED yang gempak!

Spesifikasi yang jitu ini memberikan gambaran betapa hebatnya keluaran telefon bimbit dari LG kali ini. Berbalik kepada spesifikasi, telefon ini di kuasai dengan cip daripada Qualcomm Snapdragon 855 dengan kapasiti RAM 6GB dan pilihan storan dalaman sebanyak 128GB yang juga disokong dengan microSD sebanyak 2TB!

Foto: Tom’s Guide

Manakala dari sudut bateri pula, telefon ini mempunyai 3500mAh tenaga bateri dengan sokongan Quick Charge 3.0 melalui USB-C port. Malah ia juga di lengkapi dengan butang Google Assistant di dalamnya.

Foto: Neowin

Tambahan lagi, kamera telefon ini juga tidak kurang hebatnya dengan tiga fungsi kamera di bahagian belakang telefon iaitu lensa kamera standard 12MP dan kamera yang kedua pula memiliki 16MP wide-angles dan kamera yang ketiga 12MP dengan lensa telefoto.

Foto: 9to5Google

Selain LG G8s ThinQ, LG juga di katakan menghasilkan telefon bimbit LG G8s ThinQ! Ciri-ciri LG G8s ThinQ ini lebih kurang sama dengan telefon bimbit LG G8 ThinQ, cuma apa yang berbeza adalah kapasiti storan dalaman iaitu 64GB dan 128GB untuk di pilih.

Walaubagaimanapun, LG masih belum mengeluarkan kenyataan berapakah harga bagi kedua-dua jenis telefon bimbit ini buat masa sekarang, sama-samalah kita nantikan dengan penuh kesabaran!