Lenovo Tampil Tab V7 Kembalikan Konsep Ideal Phablet

55

Phablet atau lebih di kenali sebagai Phone Tablet merupakan konsep telefon tab yang di guna pakai satu ketika dahulu dan kini Lenovo tampil dengan telefon bimbit terbaru nya Tab V7 dengan konsep Phablet yang popular satu ketika dahulu.

Semasa di acara Mobile World Congress (MWC) 2019 berlangsung, Lenovo mempamerkan telefon tab tersebut di khalayak ramai. Tab V7 ini memiliki skrin yang bersaiz 6.9 inci dengan display IPS Full HD+Panel.

Foto: Lowyat.Net

Ia di kuasai dengan cip daripada Qualcomm Snapdragon 450 dengan kekuatan bateri sebanyak 5180mAh. Manakala kapasiti RAM pula sebanyak 4GB dan storan dalaman boleh di pilih dari 32GB atau 64GB.

Foto: Phone Arena

Bagi aspek kamera pula, bagi kamera utama di bahagian belakang Tab V7 ini mempunyai lensa 13MP dan manakala bagi kamera di bahagian hadapan pula ia mempunyai lensa 5MP.

Foto: GMS Arena

Phablet ini mempunyai fungsi dua slot SIM kad beserta microSD kad sehingga 512GB. Lenovo Tab V7 ini akan memasuki pasaran Eropah menjelang April dengan harga EUR249 atau RM1149. Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat sama ada Phablet ini akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak.

Meskipun begitu, peminat gajet sekalian jangan khuatir, jika sebarang maklumat mengenai phablet ini keluar, kami akan kongsikan bersama anda.