Meskipun Samsung baru sahaja mengumumkan tentang kemunculan Galaxy S10 dan akan mula dilancarkan pada 28 Februari ini nanti, ia bukan penghalang bagi Samsung untuk mengumumkan kemunculan telefon bimbit terbaru!

Samsung akan menampilkan dua telefon terbaru dari Galaxy A Series iaitu Galaxy A30 dan Galaxy A50! Wah sememangnya 2019 merupakan tahun gajet bagi syarikat-syarikat industri teknologi ni ya!

Foto: Technp Okezone

Mari kita intai sejenak spesifikasi telefon bimbit terbaru dari Samsung Galaxy A Series ni! Bagi telefon bimbit Galaxy A50 dengan tiga fungsi kamera yang berlainan, bagi kamera utama ia memiliki 25MP lensa kamera utama.

Manakala, bagi kamera yang dua ia memiliki 8MP Ultra-Wide-Lens dan bagi kamera yang ketiga pula ia merupakan 5MP lensa depth sensor. Bagi kamera di bahagian depan telefon bimbit pula ia di lengkapi dengan 25MP unit lensa kamera.

Foto: IDN Times

Bagi telefon bimbit Galaxy A30 pula, ia memiliki kamera 16MP+5MP wide-angle combo pada kamera di bahagian belakang telefon. Manakala bagi kamera di bahagian hadapan pula ia di kuasai dengan 16MP!

Apa yang menarik adalah kedua-dua telefon bimbit Galaxy A30 dan Galaxy A50 memiliki skrin 6.4 inci dengan Super AMOLED Infinity-U display. Malah telefon ini memiliki kebolehan wireless charging dengan kapasiti bateri sebanyak 4000mAh.

Foto: Kompas Tekno

Kedua-dua telefon ini juga mempunyai kapasiti dua jenis pilihan RAM dan storan yang berlainan. Bagi Galaxy A30 ia di datangi 3GB RAM + 32GB storan dan 4GB RAM + 64GB storan. Dan bagi Galaxy A50 pula ia di datangi dengan 4GB RAM + 64GB storan dan 6GB RAM + 128GB storan.

Tambahan lagi, kedua-dua telefon ini diperkasa dengan cip Exynos 7904 dan Exynos 9610. Manakala bagi telefon bimbit Galaxy A10 ia di lengkapi dengan cip Exynos 7884B.

Walaubagaimanapun, Samsung masih belum mengumumkan berapakah harga dan bilakah ia akan tiba di pasaran. Jadi sama-samalah kita tunggu ya!