Kad MicroSD Express Tampil “Hi-Spec Read/Write” 985MB Terbaru?

7

SanDisk baru sahaja mengumumkan kemunculan kad memori dengan kapasiti 1TB microSD di acara Mobile World Congress (MWC) 2019. Ia sememangnya platform yang di nanti-nanti oleh syarikat-syarikat di dalam industri teknologi ini.

Menariknya di MWC 2019 ini juga SanDisk atau SD Association turut mengumumkan tentang kad memori yang baru iaitu MicroSD Express. Kad ini merupakan inovasi dan transformasi format terbaru daripada SanDisk tahun ini.

Foto: GHacks

Dengan format terbaru ini ia mampu bergerak seiring dengan spesifikasi PCIe 3.1 dan NVMe v1.3 yang mampu memberi kelajuan membaca dan menulis maklumat selaju 985MB. Ia sememangnya informasi yang menggegarkan dengan hi-spec speed pastinya membuatkan pengguna teknologi tegar tertunggu-tunggu akan kad memori ini.

Kad memori MicroSD Express ini merupakan legasi microSD yang lama dan kini ia mengalami transformasi yang unik dengan kelajuan yang memberangsangkan! Kad terbaru ini rata-rata mengejutkan kerana ia tujuh kali lebih pantas membaca dan menulis maklumat berbanding kad memori terdahulu.

Foto: Sanook

Buat masa sekarang SanDisk masih belum mengumumkan keberadaan produk ini dan tiada sebarang maklumat tentang penghasilan aksesori lain yang menyokong kemunculan memori kad terbaru ini.

Apa-apa pun sama-samalah kita menanti dengan sabar dan berharap kad ini muncul di pasaran dengan kadar segera!