Energizer Tampil Di MWC 2019 Dengan Bateri Raksasa 18000mAh?

68

Energizer betul-betul menggegarkan industri teknologi dengan kemunculan telefon bimbit terbaru dengan saiz kapasiti “Bateri Raksasa” sebanyak 18000mAh di pentas Mobile World Congress (MWC) 2019.

Ia benar-benar mengejutkan, lihat sahaja saiz serta ketebalan telefon bimbit tersebut! Melihat saiz telefon raksasa ini mengingatkan admin kepada telefon jenis lama-lama dahulu. Kan telefon terdahulu semuanya tebal-tebal!

Foto: CNBC

Telefon dari keluaran Energizer ini di kenali sebagai Power Max P18K Pop. Telefon ini mampu beroperasi secara non-stop sehingga dua hari jika anda gunakan untuk menonton video atau menggunakan telefon tersebut tanpa henti!

Telefon ini memiliki skrin berukuran 6.2 inci dengan bezel yang nipis tanpa notch. Menariknya telefon ini mempunyai dua kamera swafoto yang muncul secara pop-up di bahagian telefon bimbit.

Foto: The Verge

Manakala bagi kamera di bahagian belakang telefon pula mempunyai tidak dapat di ketahui lagi kerana pihak Energizer masih belum berikan maklumat terperinci tentang spesifikasi telefon ini.

Apa-apa pun, dapat di pastikan adalah telefon ini memiliki prosessor daripada MediaTek dengan kapasiti RAM sebanyak 6GB dan storan sebanyak 128GB. Malah telefon ini juga mempunyai sistem operasi daripada Android 9 Pie yang di sokong dengan feature fast charging.

Foto: Wccf Tech

Meskipun Energizer telah mengumumkan tentang kemunculan telefon bimbit terbaru ini, sehingga kini masih tiada sebarang maklumat berapakah harga telefon bimbit berkenaan.

Apa yang pasti, telefon ini pastinya tidak murah dengan kapasiti bateri 18000mAh serta beberapa spesifikasi yang menarik pastinya membuatkan pencinta teknologi tidak senang duduk. Sama-samalah kita nantikan ketibaan telefon ini di pasaran!