Lebih kurang setahun yang lalu Acer menampilkan Windows Mixed Reality (WMR) headset di pasaran tempatan dan kini headset WMR ini telah di inovasi kepada OJO 500 WMR Headset!

Jika di lihat dari sudut rekaannya headset ini, di menonjolkan ciri-ciri futuristik dengan elemen ‘future ahead’, atau ala-ala seperti dalam cerita sains fiksyen tu. Rekaan terbaru ini tampak berbeza dari headset generasi terdahulu.

Foto: Upload VR

Malah, fungsi yang terdapat pada headset terbaru ini juga berbeza dari yang lama. Headset terbaru ini lebih mudah di gunakan serta mudah di bersihkan dan mudah untuk di simpan.

Foto: VR Scout

Seolah-olah headset ini memang di reka khas untuk memudahkan si pengguna baik dari segi penyimpanan mahupun penggunaannya. Tambahan pula headset ini menggunakan aplikasi di telefon bimbit untuk mengukur jarak di antara anak mata dan visor (pendengar di headset).

Foto: Microsoft

OJO 500 memberikan persembahan dari segi bunyi serta imej yang jelas khas untuk si pengguna. Bunyi yang di keluarkan dari speaker menapis mana-mana bunyi asing yang tidak di perlukan.

Acer OJO 500 WMR Headset ini, kini boleh dimiliki pada harga RM1899 di SRP. Dan seperti yang sebelumnya headset ini juga boleh didapati melalui laman web rasmi Acer atau laman sosial rasmi Facebook Rextech.