Neffos mengumumkan telefon bimbit terbaru N105 dan N150 ini merupakan telefon mampu milik dengan harga yang murah dan berpatutan. Bukan itu saja, telefon ini juga membekalkan tenaga bateri yang cukup hebat!

Bateri telefon ini mampu bertahan sehingga 25 hari tanpa henti. Malah kedua-dua feature telefon bimbit ini memberi jaminan akan ketahanan jangka hayat bateri yang gempak. Telefon bimbit Neffos N105 mampu bertahan selama 530 jam! 

Foto: Lowyat.Net via tp-link

Manakala bagi telefon bimbit Neffos N150 mampu bertahan sehingga 500 jam! Tambahan lagi, kedua-dua telefon bimbit ini juga mempunyai feature binaan dengan perlindungan yang cukup kuat.

Serta kedua-dua telefon bimbit ini memiliki dual SIM slot. Selain itu, telefon ini juga mempunyai fungsi seperti radio FM, lampu suluh, dan speaker.

Berita baik untuk pengguna gajet tegar, telefon bimbit Neffos 105 dijual dengan harga RM79. Manakala telefon bimbit Neffos N150 pula dijual dengan harga RM109. Untuk pengetahuan semua, telefon ini telah memasuki pasaran dan boleh di dapati di outlet-outlet pilihan berdekat anda.