Maklumat tentang telefon Huawei P30 dan P30 Pro bocor? Nampaknya jika ada mana-mana telefon baru yang akan keluar, pasti maklumat tersebut akan ‘tersebar’ di laman digital dengan pantas!

Dikatakan telefon terbaru dari Huawei P30 dan P30 Pro tersebut mempunyai feature kamera dengan setting terkini dan unik! Feature yang memfokuskan fungsi kamera dengan 10 kali ganda optical zoom serta variasi aperture yang cukup gempak.

Foto: GSM Arena

Menurut petikan yang di ambil dari Lowyat.Net berdasarkan sumber daripada Roland Quandt, telefon P30 Pro ini memiliki 10 kali ganda optical zoom yang mana ianya sama seperti yang di pamerkan di dalam video teaser milik Huawei.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat terperinci tentang feature kamera tersebut, mungkin ia menyerupai Oppo 10x Lossless zoom atau mungkin juga tidak. Selain itu, Roland juga ada menyentuh kemungkinan feature kamera dari Huawei ini memiliki time-of-flight (ToF) sensor ala-ala Honor View20.

Foto: Tech Nave

Bagi telefon Huawei P30 pula, kelihatan ia memiliki tiga kamera dengan setting kamera yang berlainan, seperti lensa normal wide-angle, lensa telefoto dan lensa ultra-wide angle. Nampaknya untuk keluaran telefon terbaru Huawei kali ini, memberi fokus terhadap fungsi kamera.

Meskipun masih belum ada sebarang maklumat terperinci tentang feature kamera bagi kedua-dua telefon bimbit tersebut, kita boleh menjangkakan bahawa feature kamera Huawei bagi telefon terbarunya ini pastinya setara telefon bimbit canggih yang lain.

Foto: The Indian Express

Selain kebocoran maklumat tentang feature kamera telefon, nampak ada pelbagai sumber asing memberikan pelbagai maklumat tentang variasi aperture yang terdapat pada telefon terbabit.

Dikatakan telefon Huawei P30 Pro mempunyai variasi aperture di antara f/1.6 ke 3.4 dengan panjang fokus di antara 12 ke 125mm. Manakala bagi telefon Huawei P30 pula ia mempunyai variasi aperture di antara f/1.8 ke f/2.4 dengan panjang fokus di antara 17 ke 80mm.

Foto: 9to5Google

Tambahan lagi, Roland juga turut melaporkan kedua-dua teleofn bimbit tersebut mempunyai prosessor daripada Kirin 980 Octa-core. Nampaknya untuk mengetahui sama ada maklumat bocor yang keluar ini benar atau tidak.

Sama-samalah kita nanti maklumbalas Huawei pada 26 Mac bersempena pelancaran Huawei di Paris.