Baru-baru ini Energizer telah menggemparkan dunia teknologi dengan telefon bimbit bateri raksasanya 18000mAh di pentas Mobile World Congress (MWC) 2019. Dan kini Energizer tampil kembali dengan telefon ‘foldable’ atau telefon yang boleh dilipat!

Avenir Telefon merupakan sebuah syarikat Perancis yang menghasilkan bateri Energizer ini semakin rancak menyelam di dalam industri teknologi ini. Dengan telefon bimbit bateri raksasa dan kini telefon yang boleh dilipat pula bakal ‘menyerang’ pasaran dunia.

Foto: Lowe’s

Kini era ‘foldable’ telah mula merebak seperti cendawan selepas hujan dan di ramalkan dunia teknologi selepas ini akan di hujani dengan rekaan telefon bimbit seperti ini kelak. Mana tidaknya diantara syarikat-syarikat besar seperti Samsung dan Huawei sendiri telah mula memasarkan telefon yang boleh dilipat ini.

Dan kini Energizer juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kewujudan telefon bimbit ‘foldablenya’ dengan spesifikasi yang cukup unik dan gempak di pentas dunia.

Foto: Tech Radar

Telefon ‘foldable’ daripada Energizer ini mempunyai satu skrin berukuran 6 inci dan skrin yang kedua pula mempunyai ukuran skrin 8.1 inci. Telefon ini di kenali sebagai Energizer Power Max P8100S yang di kuasai oleh Qualcomm Snappdragon 855.

Kapasiti RAM telefon ini adalah 8GB dengan storan dalaman sebanyak 256GB yang di sokong dengan microSD kad yang boleh memuatkan storan sebanyak 256GB. Teleofon ini juga mempunyai dual SIM dengan kapabiliti jaringan internet 5G.

Foto: Lowyat.Net

Dari segi fungsi kamera pula, teleofn ini dilengkapi dengan 24MP kamera hadapan dan 48MP+12MP lensa kamera di bahagian belakang telefon bimbit. Apa yang menariknya telefon ini juga mempunyai kapasiti bateri yang tidak kurang hebatnya dari telefon bateri raksasa Energizer tersebut.

Telefon ini mempunyai kapasiti bateri sebanyak 10000mAh dengan fungsi pengecasan yang pantas!

Syarikat Avenir tidak menayangkan telefonnya semasa di pentas MWC 2019, cuma sekadar replika dan maklumat yang di paparkan semasa majlis tersebut berlangsung. Apa-apa pun Energizer pastikan menampilkan telefon ini menjelang bulan Oktober 2019 ini. Jadi sama-samalah kita nantikan kemunculannya di pasaran!