Bulan lepas telefon bimbit Razor Phone 2 menawarkan diskaun bagi sesiapa yang ingin membeli telefon gaming ini. Razor Phone 2 ini di jual pada harga RM2749 di outlet-outlet.

Lazada merupakan stor online rasmi Razer, melalui pembelian secara dalam talian. Pembeli akan mendapat Razer Hammerhead Pro V2 wire earphone secara percuma! Nampak Razer begitu bermurah hati dengan memberikan earphone gempak ini secara percuma, tetapi di maklumkan bahawa stok earphone ini cuma tinggal lima unit sahaja jadi siapa cepat dia dapat!

Foto: CNET

Berbalik kepada diskaun telefon bimbit ini, menurut senarai penjualan di Gamers Hideout, lebih kurang 10 unit telefon sahaja lagi yang tinggal. Dan diskaun di stor Gamers Hideout ini valid sehingga 31 Mac 2019 dan sementara stok masih ada.

Foto: Neowin

Manakala bagi stor Thunder Match Technology dan Razer Flagship di Shopee, masing-masing mempunyai telefon bimbit di antara 5 hingga 32 unit. Jadi yang sememangnya dah lama ingin memiliki telefon bimbit gaming Razer Phone 2 ini, inilah masa yang sesuai dengan harga promosi yang cukup berpatutan!

Jadi apa tunggu lagi, jom serbu stor-stor di atas dan dapatkan Razer Phone 2 dengan harga diskaun sementara stok masih ada.