Maybank melancarkan aplikasi terbarunya yang di kenali sebagai MAE. Produk terbaru daripada Maybank ini di lihat memainkan peranan penting bagi saluran keluar dan masuk wang dengan menggunakan platform digital sebagai arus perdananya.

MAE merupakan perbankan dalam talian menerusi aplikasi Maybank, ia merupakan dompet elektronik atau e-dompet yang memberikan perkhidmatan kepada pengguna dalam urusan aliran wang dengan platform aplikasi ini.

Foto: Vulcan Post

Pada tahun 2000, Maybank telah melancarkan Maybank2u (M2u) dan mengambil inspirasi dari platform tersebut Maybank memperkenalkan MAE sebagai sebuah perkhidmatan yang dapat menjadi ‘Bank Digital Pilihan’ di rantau asia.

Foto: Lowyat.Net

Perkhidmatan yang di tawarkan menerusi aplikasi MAE ini memudahkan pengguna membuka akaun, menyelesaikan transaksi pemindahan wang dan dalam masa yang sama membuat pembayaran wang.

Foto: Soya Cincau

Bermain permainan dengan wang tunai

Wah! boleh main ‘game’ lagi! Apabila anda mengklik pada logo M besar yang muncul di bahagian bawah sebelah kanan, anda akan dibawa ke antara muka MAE.

Logo kecil persegi di bahagian bawah memaparkan permainan di mana anda menekan pada syiling, sambil mengelakkan bom. Cubalah, mungkin rezeki lebih memihak kepada anda!

Nampaknya Maybank telah bersiap sedia untuk ‘menyelam’ gelombang digital dengan membawa perkhidmatan perbankannya di satu tahap yang baru. Jadi apa tunggu lagi, mari bersama-sama memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon bimbit.

Dan alami sendiri perkhidmatan yang di tawarkan oleh MAE ini untuk kelangsungan perbankan yang lebih baik!