Meizu secara rasminya melancarkan telefon terbarunya iaitu Meizu Note 9. Telefon ini memiliki skrin berkeluasan 6.2 inci dengan Full HD display. Saiz telefon ini sinonim dengan kebanyakan keluaran telefon bimbit pintar yang ada di pasaran tempatan.

Meizu Note 9 ini di kuasai dengan Qualcomm Snapdragon 675, telefon Note 9 ini juga dilengkapi dengan kapasiti RAM sebanyak 6GB. Manakala kapasiti storan dalaman pula sebanyak 128G.

Foto: The Koz Telegram

Dikatakan telefon ini juga mempunyai kapasiti RAM sebanyak 4GB. Nampaknya peminat gajet boleh memilih diantara dua jenis kapasiti RAM yang terdapat dipasaran!

Okay berbalik kepada spesifikasi telefon Meizu Note 9 ini, dari segi kamera telefon bimbit, ia dilengkapi dengan lensa kamera 48MP dan 5MP di bahagian belakang telefon bimbit.

Foto: News 4C

Manakala bagi di bahagian depan telefon bimbit pula, 20MP lensa khas untuk berswafoto. Kamera tersebut mempunyai perincian bagi gambar minimalis yang di perkemaskan lagi dengan algorithm beautification daripada ArcSoft.

Foto: Gizmo China

Tambahan lagi, telefon ini juga diperkaya dengan tenaga bateri sebanyak 4000mAh yang disokong dengan 18W mCharge untuk pengecasan yang pantas. Apa yang tidak dapat di kenalpasti adalah, sama ada telefon ini akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak.

Buat masa sekarang telefon ini di jual di China dengan harga CNY 1398 (RM 853) bagi telefon dengan variasi 4GB/64GB. Dan CNY 1598 (RM 975) bagi telefon variasi 6GB/128GB.